TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN : UNIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







Kurikulum Rasmi

-          Dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal.

-          Mengandungi kriteria ideal dari segi matlamat,plaksanaan,dan penilaian.

-          Kemudian dikenali sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah seperti KSSR dan KSSM.

 

Kurikulum Kebangsaan

-          Program Pendidikan terdiri daripada kurikulum dan kegiatan kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani ke arah melahirkan warganegara yang cemerlang.

 

Kurikulum sekolah

-          Segala rancangan Pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat Pendidikan. Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu bahagian yang meliputi RPH dan RPT dan kandungan matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Bahagian yang meliputi kegiatan Pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, unit beruniform dan persatuan.

 

Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran

-          Dokumen rasmi tentang perlaksanaan Pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

-          Bertujuan membantu guru-guru mengatur kandungan proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran.

 

Standard Kandungan

-          Penyertaan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

 

  Standard Pembelajaran

-          Satu pemetaan kriteria dan indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

 

Standard Prestasi

-          Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid, sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.

 

Kurikulum Sebenar

-          Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah.