MENGAPA STANDARD?
1) Ekuiti & Kualiti
Memastikan kurikulum dan pentaksiran di sekolah mempunyai tahap pencapaian yang terbaik. Kuikulum merangkumi kandungan, pedagogi dan pentaksiran.
2) Akauntabiliti
Memastikan semua murid melepasi semua piawaian standard. Mengatasi masalah keciciran pembelajaran.
3) Piawaian pengukuran
Memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penetapan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu diukur. Mengenalpasti strategi penambahbaharuan. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
DSKP: Apa, Mengapa & Bagaimana
1) Apakah DSKP?
Satu dokumen yang menintegasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).
2) Mengapakah DSKP dilaksanakan?
Untuk memastikan ekuiti dan kualiti dalam kurikulum sentiasa berada dalam keadaan terbaik di samping memastikan semua akauntibiliti murid melepasi piawaian standard. Pada masa yang sama memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3) Bagaimanakah DSKP dilaksanakan?
- Guru membuat RPT dan RPH berasaskan garis panduan SK, SP dan SPi yang terkandung dalam DSKP.
- Guru menjalankan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk dokumen DSKP
sahaja
- Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi.
Apakah Kategori standard dalam DSKP?
1) Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2) Standard Pembelajaran
Satu pemetaan kriteria dan indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang diukur bagi setiap standard kandungan.
3) Standard Prestasi
Satu set kriteria mum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.
CONTOH DSKP : MATEMATIK TAHUN 1
RANCANGAN PERANCANGAN TAHUNAN BERDASARKAN DSKP