RINGKASAN KANDUNGAN

  SINOPSIS

Bab ini menjelaskan tentang konsep dan pengertian pengajaran dan pembelajaran, proses transformasi kurikulum kebangsaan kepada unit-unit pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata pelajaran pilihan, menganalisis keberhasilan pengurusan kurikulum bilk darjah, merumuskan kepentingan rancangan pengajaran, membina rancangan pengajaran tahunan dan menghasilkan rancangan pengajaran harian. Secara umumnya transformasi kurikulum merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid di bekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi abad ke 21. Dalam proses transformasi ini terutamanya dalam kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dan berdaya saing dengan pendidikan bertaraf dunia. Olen itu,transformasi kurikulum haruslah dipelajari bagi memastikan pendidikan berkualiti setanding dengan negara-negara maju.