Pengenalan
Pendidikan
memainkan peranan utama
bagi pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan
masa depan sesebuah negara. Secara amnya kesediaan guru-guru menerima
proses perubahan yang
berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan dalam
menjana transformasi pendidikan dalam negara kita. Elemen baharu yang
diterapkan akan memberi penekanan terhadap kaedah pentaksiran dan reka bentuk
kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif selain memberi peluang setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti
sukan serta kokurikulum. Matlamat tranformasi ini adalah untuk memastikan murid
bersedia menghadapi cabaran hingga di peringkat global pada masa akan datang.
Pada masa yang sama penambahbaikan dilakukan dan keharmonian kaum yang
merupakan asas utama kepada pembentukan sistem pendidikan negara.